Al-Kuliyyah di Masjid al-Hasanah, Bangi
( Mujahadah di Satu Pertiga Malam )
Program Al-Kuliyyah bertajuk “Mujahadah di Satu Pertiga Malam” telah bersiaran pada 21 Mac 2024 diadakan di Masjid al-Hasanah, Bangi. Ustaz mengupas berkenaan amalan-amalan yang sesuai untuk bermujahadah di satu pertiga malam antaranya ialah bersolat tahajjud, berdoa dengan penuh pengharapan, solat-solat sunat yang lain.
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa, Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.” (Surah al-Muzzammil, ayat 1-6)