Celik Al-Quran

Kelas Celik Al-Quran dijalankan untuk melancarkan pembacaan dan kefahaman kita terhadap tanda-tanda bacaan dan tajwib dalam Al-Quran. Kelas ini diajar oleh barisan-barisan pengajar yang pakar dan mempunyai pengalaman dalam pengajian Al-Quran. Pendaftaran untuk kelas Celik Al-Quran masih dibuka dan boleh layari laman web Pertubuhan Akademi Al Bayan untuk hubungi pengurusan. Kelas ini terbuka kepada semua peringkat umur. Sebarang kemusykilan dan persoalan boleh ditanyakan ketika dalam program kelas ini berlangsung. Kelas boleh disertai melalui Google Meet atau live di Facebook atau Youtube.

Ustazah Hanin menerangkan tentang tajwid yang bernama Iqlab di mana cara bacaannya perlu dengungkan 2 harakat. Penerangan yang jelas bagi menentukan bahagian iqlab dalam petikan ayat Al-Quran. Contoh-contoh ayat Al-Quran juga diberikan oleh peserta dan pengajar bagi menambahkan kefahaman tajwid Iqlab. Video yang lain boleh ditonton dengan menekan butang di bawah atau layari Facebook Ustaz Dr Nur Mohammad Hadi Official.

Scroll to Top