The Power of Trust
AL BAYAN GLOBAL
Perkhidmatan
Seminar & Bengkel
Seminar dan bengkel yang kami sediakan terbuka untuk semua lapisan masyarakat tidak kira secara formal atau tidak formal. Kandungan seminar kami merangkumi semua aspek ilmu kehidupan yang boleh kita jadikan amalan seharian. Kami amat menitikberatkan khususnya ilmu fardu ain seperti akidah, ibadah, akhlak, dan muamalat sesama manusia demi mencapai penerimaan dan keredhaan Allah SWT terhadap cara kita menjalani kehidupan di muka bumi ini. Seminar dijalankan di serata tempat seperti sekolah, badan kerajaan & swasta, institut agama & pembelajaran dan badan korporat.
Perkhidmatan
Konsultasi Syariah
Pertubuhan Al Bayan menawarkan perkhidmatan yang berfokus kepada peningkatan kefahaman, kemahiran, dan amalan ibadah. Setiap perkhidmatan dirancang untuk membantu anda mencapai kehidupan yang lebih bermakna dan berkat.
hd production
Pengiklanan & Media

Television Advertising
Expand Your Brand’s Reach with Strategic and High-Impact TV Campaigns

Videography & Photography
Capturing Life’s Most Important Moments with Precision and Creativity

Website Development
Crafting Digital Solutions to Elevate Your Online Presence and Drive Business Growth

Social Media Management & Digital Content Creation
Building a Strong Digital Presence with Engaging and Data-Driven Strategies

Podcast Production and Management
Creating High-Quality Podcasts to Amplify Your Voice and Engage a Wider Audience

Professional Webinar & Live Streaming Management
Delivering Seamless and Engaging Virtual Events with Advanced Broadcasting Solutions

SOLAT MENUJU KEREDAAN-MU
Buku ini membahaskan tentang Fiqh Solat yang mengumpulkan pandangan muktamad dari Mazhab Syafie. Antara perbahasan menarik ialah tatacara lengkap solat, solat musafir, solat bagi orang yang sakit dan hukum hakam penting berkaitan solat.

HAJI MABRUR IMPIANKU
Buku ini ialah panduan lengkap untuk membantu umat Islam mencapai impian haji Mabrur. Haji Mabrur Impianku memfokuskan tentang pengenalan haji, rukun dan syarat wajib haji serta hukum hakam yang penting untuk diketahui.

SEMPURNAKAN RAMADAN MU
Buku ini menjelaskan ilmu asas berkaitan ibadah puasa bertujuan membantu umat Islam untuk menghidupkan bulan Ramadan dengan ketaatan. Antara yang istimewa ialah rutin sepuluh malam terakhir, khatam Quran tracker dan tips mendidik anak berpuasa.

TERIMALAH KORBANKU
Pelaksanaan ibadah korban memerlukan ilmu yang tepat agar korban tersebut diterima dan mendapat ganjaran disisi Allah. Mari dalami Fiqh Korban dengan topik-topik yang menarik seperti kaedah penyembelihan korban, sifat haiwan terbaik untuk dikorbankan dan hukum hakam yang berkaitan dengannya.

INSPIRASI MUALAF DARI KISAH SAHABAT
Kisah para sahabat dalam mengejar cahaya Islam merupakan inspirasi buat setiap Muslim. Buku ini akan mengupas tentang perjuangan sahabat Nabi SAW menemukan kebenaran untuk dijadikan sebagai pedoman kepada kita dalam menghargai nikmat hidayah yang dikurniakan.

ZAKAT KU HARAP BERKATMU
Buku ini membahaskan tentang panduan asas bagi ibadah zakat bertujuan membantu setiap masyarakat untuk memahami ibadaha ini dengan baik. Zakat Ku Harap Berkatmu menekankan tentang kategori zakat dan kaedah pelaksanaannya, asnaf zakat dan hukum hakam bagi isu yang sering berlaku dalam ibadah zakat.