Program Iftar Bersama Ketua Menteri Melaka

Alhamdulillah, usaha untuk membangunkan Kompleks 3 Budaya untuk mualaf yang pertama di Malaysia telah diberi perhatian oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Tahfiz dakwah anak-anak mualaf ini menumpukan pengajian Islam secara antarabangsa dengan kepelbagaian kaum daripada negara Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Malaysia. Kompleks ini telahpun dalam proses pembinaan dimana cerucuk-cerucuk tiang telah didirikan hasil sumbangan kepada Pertubuhan Akademi Al Bayan.

Program iftar ini diadakan di Melaka dengan jemputan jemaah Kg. Pegoh, Melaka serta mualaf-mualaf sekitar Melaka dan dimeriahkan lagi dengan acara gotong-royong, masak-masak, berbuka puasa, solat berjemaah, penyampaian ucapan oleh Ketua Menteri Melaka dan juga pemberian hadiah kepada mualaf asnaf.

Scroll to Top