Jelajah DRHD di Masjid Al-Mukhlisin, Cheras

Alhamdulillah, telah berlangsungnya bengkel kesempurnaan solat Jelajah DRHD pada 20 Julai 2024 bertempat di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Kuala Lumpur. Bengkel ini mendapat sambutan yang baik daripada komuniti jemaah sekitar Cheras & Kuala Lumpur. Ustaz berkesempatan untuk menunjukkan amali solat secara menyeluruh termasuklah persediaan bersolat bagi orang yang mempunyai sakit fizikal. Ustaz juga menjawab persoalan daripada para jemaah di sana. Diharapkan segala penyampaian ilmu dapat diamalkan dalam kehidupan harian dan dijadikan sebagai usaha untuk kita memperbaiki kualiti ibadah yang paling utama, iaitu solat fardhu.

Scroll to Top