Karnival Jom Heboh
Al Bayan Global menyertai bersama-sama Pertubuhan Akademi Al Bayan dalam Karnival Jom Heboh yang berlangsung di RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Karnival berlangsung daripada 7 September 2023 sehingga 9 September 2023, bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam. Jemputan khas seperti pakar motivasi Dr. Tengku Asmadi, pengacara En. Talib Husin dan juga tiktoker Mikael Muka Gangster, memeriahkan booth pameran Pertubuhan Akademi Al Bayan. Â Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di karnival tersebut mengikut kepada fungsi setiap organisasi. Pertubuhan Akademi Al Bayan banyak menfokuskan dalam aspek sumbangan untuk pembinaan Kompleks Akademi Al Bayan dan juga penjualan buku ilmiah secara fizikal oleh Al Bayan Global dan Dr. Tengku Asmadi. Al Bayan Global banyak menyediakan aktiviti yang interaktif dan teknikal seperti rakaman ujibakat untuk pengacaraan tv, tilawah Al-Quran, pengajar. Selain itu, permainan digital interaktif Islamik dan juga photobooth turut disertakan dalam karnival Jom Heboh ini hasil daripada kerjasama Al Bayan Global.Â











































