Kunjung Hormat ke Maahad Tahfiz As Sofa & SINAR
Unit Pendidikan Jabatan Syariah Al Bayan Global telah membuat kunjungan ke Maahad Tahfiz As Sofa, Seremban & Sekolah Islam Nur al-Azhar – SINAR, Port Dickson pada 23 Julai 2024. Usaha ini adalah untuk memperkasakan pembinaan silibus bagi kompleks tahfiz dakwah anak-anak mualaf yang akan didirikan tidak lama lagi. Kami telah membincangkan topik-topik dan konten yang bersesuaian dengan pengajaran & pembelajaran untuk anak-anak mualaf yang berbilang bangsa. Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua institut ini kerana sudi berkerjasama berganding bahu untuk membantu usaha kami dalam meneruskan perjuangan dakwah serata dunia.