Kunjungan Hormat di Institusi Pendidikan Tahfiz dan Dakwah di Pulau Pinang.
Jabatan Syariah Al Bayan Global telah mengadakan sesi lawatan kunjungan hormat ke 2 Institusi Pendidikan Tahfiz dan Dakwah di Pulau Pinang.
Tempat yang pertama yang telah dikunjungi ialah Akademi Al Khayr, Balik Pulau, Pulau Pinang. Isu yang dibincangkan bersama Mudirnya, Ustaz Azmir Hashim merangkumi silibus persekolahan dan cara menghafal al-Quran yang berkonsepkan Photographic Memory Memorization Method (PMMM). Kami mengambil peluang untuk menguji salah seorang pelajar mereka dan ternyata hasilnya sungguh luar biasa. Kunjungan berikutnya adalah ke Islamic Propagation Society International (IPSI), antara pusat dakwah Islam yang utama di Georgetown, Pulau Pinang. IPSI ini telah diasaskan oleh Dato’ Haji Kamarudin Abdullah sejak tahun 1990 dan aktiviti dakwahnya yang berkonsepkan “Mosque Tour” giat berjalan sehingga kini. Banyak maklumat, idea dan cadangan penambahbaikan yang dapat dikongsi bersama bagi pembangunan silibus MTDAM.