MTV Satu Agama
Penggambaran MTV diadakan di The Brick at Bee pada 14 Disember 2022. Lagu dan MTV digubah oleh Al Bayan Global dan juga dengan kerjasama penyanyi nasyid terkenal, Azhary. MTV ini dilakonkan oleh beberapa pelakon cilik yang berbakat bagi menghasilkan impak yang berkaitan dengan lagu yang dipilih. Lagu Satu Agama membawa maksud agama Islam terbuka untuk semua bangsa, warna kulit, negara asal dan lain-lain. Oleh itu, semua pelakon dipilih dengan teliti untuk menyampaikan mesej tersebut. Akademi Al Bayan menitikberatkan kebajikan mualaf dalam semua aspek terutamanya anak-anak yang boleh menjadi pendakwah dan menyampaikan ilmu agama dengan lebih meluas pada masa akan datang.

















Video penuh MTV Satu Agama daripada Ustaz DRHD dan Al Bayan Global boleh ditonton di sini: