Perkhidmatan Syariah

Al Bayan Global amat mementingkan aspek kerohanian dan syariah dalam melakukan segala pekerjaan. Perkhidmatan dalam bahagian Syariah termasuk penyemakan kandungan media, penulisan bahan terbitan, kelas pengajian Islam, konsultasi syariah, pengurusan aktiviti-aktiviti luar dan sebagainya.

Semakan Kandungan Media Patuh Syariah

Kandungan media seperti poster, posting, bahan terbitan, infografik yang diberikan oleh klien disemak dan selidik dari segi ilmu keagamaan seperti hukum, syariah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadis yang dipetik dipilih rapi mengikut kepada tajuk yang diusulkan. Huraian tajuk diperincikan dengan berlandaskan petikan mazhab.

Penulisan Bahan Terbitan Patuh Syariah

Kandungan bahan penulisan dikumpulkan dan dirangka oleh team Syariah. Huraian dan hujah dalam bahan terbitan diselidik dan dipandang dengan teliti mengikut kepada tajuk dan tarikh penting semasa. Penghasilan bahan penulisan juga diterbitkan dengan kerjasama pihak media dalam usaha untuk menghuraikan isi kandungan secara visual. Contoh bahan penulisan yang diterbitkan ialah artikel online dan juga e-book. Seterusnya kedua-kedua bahan terbitan akan diedarkan melalui media sosial, laman web, platform akhbar online dan sebagainya.

Kelas Pengajian & Konsultasi Patuh Syariah

Kelas pengajian disertai oleh pelajar yang berminat untuk belajar agama dalam pelbagai aspek seperti akidah, akhlak, ibadah dan sebagainya. Kelas pengajian diadakan pada masa-masa lapang yang boleh ditonton atau disertai oleh pelajar. Guru yang mengajar amat berpengalaman dalam bidang syariah dan ada pengalaman mengajar agama. Konsultasi pula selalunya diadakan dengan membuat temujanji dengan Ustaz Dr. Nur Hadi atau pihak Syariah dalam perbincangan yang berkaitan dengan syariat Islam. Pelbagai konsultasi yang ditawarkan sebagai contoh dalam bidang pengurusan, kewangan, hal peribadi, keagamaan, motivasi dan sebagainya.

Pengurusan Fasiliti & Kemudahan Patuh Syariah

Fasiliti dan kemudahan di hospital dan hotel dititikberatkan dalam pengurusan agama dari segi servis, kewangan, sumber manusia, makanan & ubatan, operasi, reka bentuk dalaman dan sebagainya. Syarikat menjalankan aktiviti operasi yang mengikut syariat Islam dengan mengambil berat status halal dalam segala perkara.

Pengurusan Majlis Sosial Patuh Syariah

Pengurusan majlis sosial adalah seperti menguruskan tatacara, perjalanan program, tatahias majlis, pemakaian yang menutup aurat dan juga pemakanan yang halal. Hal-hal dalaman untuk majlis sosial juga boleh diuruskan oleh Al Bayan Global seperti jemputan tetamu & tetamu VIP,  sukarelawan majlis, teks ucapan & doa majlis, tentatif program serta aktiviti hiburan yang tidak melanggar hukum dalam Islam. Pencarian persembahan senian bersesuaian dengan majlis juga dilakukan oleh pihak kami.

Pengurusan Sukan & Rekreasi Patuh Syariah

Pengurusan sukan & rekreasi yang tidak melanggar syariat Islam amat penting untuk kita mendapat redha Allah dalam pada kita menjaga kesihatan kita yang baik. Penjagaan aurat, pergaulan antara berlainan jantina, pemilihan masa & tempat bersukan, jenis-jenis sukan yang dibolehkan, penggunaan ubatan sebagai tenaga bersukan menjadi aspek penting dalam bersukan secara Islam.

Scroll to Top