Selera Rasa Mualaf
Selera Rasa Mualaf mengisarkan tentang masakan tradisional yang disajikan oleh mualaf berkait dengan kaum-kaum mereka yang tersendiri. Masakan yang dihidangkan terdiri daripada pelbagai jenis masakan seperti sajian utama, pencuci mulut, makanan sampingan dan lain-lain. Kaum yang telah berkongsi sajian mereka kepada Akademi Al Bayan dan TV Al Hijrah adalah seperti kaum India, Cina, Iban, Filipina, Bidayuh, Indonesia dan sebagainya.
Antara-antara video masakan dalam Selera Rasa Mualaf adalah seperti berikut:
SELERA RASA MUALAF EP 1 : TAUSI IKAN STIM
Dalam episod ini, mualaf yang bernama Aishah Chu yang terkenal di TikTok dengan video-video masakannya (@soyabelacan), menghidangkan hidangan dari bangsa Cina iaitu Tausi Stim Ikan dengan Soon Hun dan juga Tofu Chinese Style.
Untuk video penuh memasak Tausi Ikan Stim bersama Ustaz DRHD, boleh tonton dengan menekan butang di bawah:
SELERA RASA MUALAF EP 2 : PODINAH CHICKEN
Seorang mualaf dari bangsa India, Ehsan menyajikan masakan Podinah Chicken yang boleh dijadikan sebagai lauk-pauk disertakan dengan nasi putih.
Untuk video penuh memasak Podinah Chicken bersama Ustaz DRHD, boleh tonton dengan menekan butang di bawah:
SELERA RASA MUALAF EP 3 : BAKSO WAINGAPU
Rambu Linda memasak hidangan popular daripada Indonesia Timur, iaitu Bakso Waingapu. Apa yang membezakan bakso ini dengan bakso yang sering dimakan oleh rakyat Malaysia ialah bebolanya diperbuat daripada daging lembu dan diuli dalam saiz yang besar
Untuk video penuh memasak Bakso Waingapu bersama Ustaz DRHD, boleh tonton dengan menekan butang di bawah:
SELERA RASA MUALAF EP 4 : CHICKEN ADOBO
Puan Nur Ain yang berbangsa Filipina memasak hidangan Chicken Adobo atau lebih dikenali sebagai Ayam Masak Kicap dalam masakan Melayu. Adobo bermaksud perap dalam bahasa Sepanyol dan juga air berkahbornat dimasukkan dalam masakan Adobo untuk menggantikan wine dari resipi yang asalnya.
Untuk video penuh memasak Chicken Adobo bersama Ustaz DRHD, boleh tonton dengan menekan butang di bawah:
SELERA RASA MUALAF EP 5 : KARI KAMBING MAK TITEW
Masakan yang paling digemari oleh mualaf berbangsa India yang terkenal di TikTok, Mikhael Muka Gangster (@mukagangster) memasak Kari Kambing Mak Titew dimana resipinya datang daripada ibu kepada Mikhael. Kari yang pekat berempah mengikut kepada cara masakan India yang membezakan dengan masakan kari Melayu.
Untuk video penuh memasak Kari Kambing Mak Titew bersama Ustaz DRHD, boleh tonton dengan menekan butang di bawah:
SELERA RASA MUALAF EP 6 : GUANG XI STYLE CHICKEN
Chef Kamal Chai yang berkerja sebagai chef di sebuah restoran menyajikan masakan berbangsa Cina beliau yang paling istimewa iaitu Guang Xi Style Chicken. Guang Xi itu merupakan etnik dalam bangsa Cina. Guang Xi Style Chicken dimakan dengan nasi seperti makan Nasi Ayam. Bezanya sos untuk Guang Xi Style Chicken mempunyai bahan istimewa iaitu lemak ayam.
Untuk video penuh memasak Guang Xi Style Chicken bersama Ustaz DRHD, boleh tonton dengan menekan butang di bawah:
SELERA RASA MUALAF EP 7 : TANG YUAN
Seorang mualaf daripada bangsa Cina, Puan Aisyah menghidangkan pencuci mulut yang menarik iaitu Tang Yuan. Serba-serbi warna yang digunakan untuk membuat Tang Yuan mempunyai nilai-nilai yang tersendiri yang terkenal dalam bangsa Cina. Kebiasaannya, Tang Yuan diisikan dengan inti-inti yang manis seperti kaya, kacang merah untuk menjadi penyedap rasa pencuci mulut tersebut.
Untuk video penuh hidangan Tang Yuan bersama Ustaz DRHD, boleh tonton dengan menekan butang di bawah:
SELERA RASA MUALAF EP 8 : BUBUR KASAK
Puan Shafiqah berkongsi hidangan dari bangsa Iban iaitu Bubur Kasak yang menyerupai seperti cendol. Bubur Kasak boleh dimakanan pada bila-bila masa sahaja tidak kira semasa cuaca panas atau sejuk kerana ia boleh dihidang dalam pelbagai keadaan.
Untuk video penuh hidangan Bubur Kasak bersama Ustaz DRHD, boleh tonton dengan menekan butang di bawah: