TVC As Syakirin

Masjid As Syakirin sedang dalam proses pembinaan ke bangunan masjid yang baru di mana sebelumnya ialah sebuah surau untuk memuatkan penduduk Kajang. Ustaz Wan Mohd Jeffri, pengerusi Masjid As Syakirin berhujah dalam segmen Assalamualaikum Tazkirah di TV Al Hijrah pada masa yang sama berkempen untuk mengumpul dana untuk membina kompleks Masjid As Syakirin.

TVC Kempen

Surau As Syakirin tidak mampu menampung kesemua jemaah terutamanya pada hari Jumaat di mana semua jemaah lelaki memerlukan kegunaan surau untuk solat. Oleh itu, pengerusi dan ahli jawatankuasa surau As Syakirin bercadang untuk membina sebuah bangunan masjid yang baru untuk kegunaan penduduk tempatan sekitar Kajang.

"Tegur Jangan Takbur"

Cerita pendek ini mengisahkan seorang pemuda sedang mengambil wudhuk sambil ada kanak-kanak bermain air di sekitar itu. Pemuda itu memarahi kanak-kanak tersebut namun ditegur oleh Ustaz Wan untuk menggunakan pendekatan yang lebih tepat dalam menegur tingkahlaku kanak-kanak itu. Kita boleh menegur sesiapa yang membuat silap dalam suatu perkara dengan lemah lembut dan secara tertutup, sebaik-baiknya menegur secara peribadi.

"Masjid Mesra Kanak-Kanak"

Cerita ini mengisarkan tentang seorang jemaah surau mahu menyempurnakan solat namun dikacau oleh gangguan kanak-kanak bermain di surau. Ustaz menegur untuk mengajak mereka solat dan selepas itu boleh bermain di luar masjid. Jemaah-jemaah dibolehkan untuk membawa kanak-kanak ke surau/masjid namun perlu mengehadkan tahap dan keberadaan mereka dalam bermain.

"Masjid Pusat Kesatuan Bukan Perpecahan"

Cerita pendek ini membincangkan tentang dua orang pemuda yang sering bertelingkah apabila berjumpa. Ustaz Wan mengajak mereka untuk solat dan menolong mereka berbaik secara teliti. Masjid merupakan pusat untuk kita menenangkan diri dan berdamai dengan orang sekeliling kita. Lebih afdhal kita menenangkan diri dengan mendirikan solat dahulu sebelum menyelesaikan masalah kita.

"Masjid Mesra Non-Muslim"

Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda berbangsa Cina yang ragu-ragu mahu membelajar tentang ilmu agama Islam bersama Ustaz Wan kerana beliau bukan beragama Islam. Ustaz Wan mengajaknya masuk ke surau dan memperkenalkan persekitaran surau dan ilmu-ilmu Islam. Kita perlulah menjemput mereka dengan sambutan yang mesra dan terdapat pelbagai cara untuk kita mengalakkan mereka untuk datang ke surau bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang membawa faedah kepada diri.

"Sebarkan Salam"

Kisah ini menceritakan tentang beberapa pemuda yang bertegur sapa di surau dan bertanya khabar antara satu sama lain. Ada seorang lelaki yang tidak pernah dilihat oleh mereka namun beliau tetap dilayani mesra oleh pemuda-pemuda tersebut. Menyebarkan salam dan melayan mesra orang sekeliling umpama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan seseorang dan juga pada masa yang sama membuat orang itu rasa selamat dengan kehadiran dirinya. Kita perlu melayan semua orang tidak kira agama, bangsa sama ada kita mengenali orang itu dengan baik kerana ia membuatkan kita sebagai Muslim yang tercontoh.

"Masjid Mesra Muslimah"

Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bersama-sama Ustaz Wan membantu untuk memasang langsir di surau dan mereka didatangi oleh seorang lagi pemuda yang menolong juga. Kita perlu berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada golongan muslimah untuk mengerjakan ibadah di surau/masjid supaya mereka terasa selamat dan dialu-alukan untuk solat di surau/masjid. Tempat solat wanita menjadi keperluan untuk pembinaan surau/masjid.

"Tawaddukkah Aku?"

Kisah ini menceritakan tentang seorang jemaah masjid yang bersifat rendah diri walaupun beliau sudah layak untuk digelar Haji kerana baru sahaja mengerjakan ibadah haji baru-baru ini. Kita perlulah ikhlas dan berniat tulus dalam mengerjakan ibadah kita kerana itu menentukan keimanan kita terhadap Allah SWT. Janganlah kita riak atau menunjuk-nunjuk dengan ibadah yang kita lakukan untuk lindungi diri daripada perkara negatif.

"Nilai Syukur"

Kisah ini menceritakan tentang seorang suami yang gelisah dan resah kerana masih lagi tidak mendapat rezeki zuriat setelah banyak usaha yang telah dilakukan. Ustaz Wan menyarankan beliau mengerjakan solat sunat hajat untuk mendapat apa yang diimpikan. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, berita baik telah disampaikan oleh isteri beliau. Apabila kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri, Allah akan menambahkan lagi rezeki yang kita tidak terjangka.

"Seikhlas Hati"

Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda yang berbangga diri dalam memberikan infak kepada tabung surau dan menceritakannya kepada pengerusi surau tersebut. Ia boleh menimbulkan rasa riak dalam diri dan perasaan ini ditegah oleh Islam. Seharusnya, kita perlu mengikhlaskan hati dalam melakukan segala ibadah tidak kira solat berjemaah, bersedekah dan lain-lain supaya kita perbetulkan niat kita untuk beribadah kerana Allah SWT.

"Sabar Perisai Mukmin"

Kisah ini menceritakan tentang seorang lelaki yang mudah marah dengan perkara kecil. Beliau berasa marah kerana bengkel kereta tidak dapat menyiapkan pembaikan keretanya dalam masa yang telah dijanjikan juga menambahkan lagi kemarahannya bila kakinya tersadung dek batu kecil. Sebagai seorang mukmin, kita perlulah jadikan sabar sebagai perisai untuk membanteras kemarahan yang ada dalam diri.

"Zuhud yang Sebenar"

Kisah ini menceritakan tentang seorang jemaah surau yang berpakaian sederhana berjalan kaki ke surau. Setelah beliau selesai solat, beliau ditegur oleh pemandu beliau kerana tidak menyuruh pemandunya menghantar beliau ke surau. Beliau tidak menunjukkan kekayaan dan kesenangan yang ada sebaliknya mengejar pahala dan amalan sebanyak yang boleh mengikut kemampuan beliau.

Scroll to Top