TVC Lambaian Syurga

Lambaian Syurga merupakan satu program dalam segmen Assalamualaikum An-Nisa’ di TV Al Hijrah yang disampaikan oleh ikon PEYATIM, Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Ia mengisahkan perjalanan dan kisah anak-anak yatim dari pelbagai latar belakang dan rumah anak yatim dan segala persoalan yang timbul dalam minda anak-anak kasih ini dijawab oleh Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

LAMBAIAN SYURGA EP 1 : DR. AZLINA ASAARI

Slot Assalamualaikum An-Nisa’ : Lambaian Syurga pada tarikh 13 Mei 2023 disampaikan oleh Dr. Haji Fadzilah Kamsah mengisahkan tentang Dr. Azlina Asaari yang merupakan alumni Anak Yatim di  Segamat, Johor. Beliau bermula menimba ilmu di asrama sejak tahun 1997 semasa beliau berumur 12 tahun bersama adik perempuan beliau yang berumur 11 tahun. Pada ketika itu, beliau sudah kehilangan ayahnya dan tidak lama selepas itu ibu dan adik beliau juga meninggalkan mereka. Sekarang, beliau sudah berjaya dan berkerja sebagai Licensed Financial Planner dan  Financial Advisor Representative. Beliau juga berniaga produk kosmetik.

LAMBAIAN SYURGA EP 2 : EN. SOLEHHUDDIN MANSOR

Slot Assalamualaikum An-Nisa’ : Lambaian Syurga pada tarikh 20 Mei 2023 disampaikan oleh Dr. Haji Fadzilah Kamsah mengisahkan tentang En. Solehhuddin Mansor yang merupakan alumni Anak Yatim PERKAYA. Pada ketika itu, beliau sudah kehilangan ayahnya dan kesemua ahli keluarga beliau membanting tulang menyara keluarga yang merangkumi 10 adik beradik dan juga seorang ibu. Sekarang, beliau sudah berkerja dengan pelbagai pengalaman dalam bidang kejuteraan terutamanya yang melibatkan penyelengaraan kren dan telah dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Projek Kejuteraan baru-baru ini.

LAMBAIAN SYURGA EP 3 : DR. MADIAWATI MAMAT

Slot Assalamualaikum An-Nisa’ : Lambaian Syurga pada tarikh 27 Mei 2023 disampaikan oleh Dr. Haji Fadzilah Kamsah mengisahkan tentang Dr. Madiawati Mamat @ Mustafa yang merupakan alumni Anak Yatim PERKAYA. Beliau sudah menjadi anak yatim sejak beliau berumur seawal 2 tahun. Beliau mempunyai 8 adik beradik dan ibunya bersungguh-sungguh menyara keluarga membuat dan berniaga kuih-muih juga nasi lemak. Semasa di alam persekolahan, beliau membesar dengan sifat bertanggungjawab setelah beliau dilantik menjadi Penolong Ketua Pelajar dan sekarang berjaya menjadi seorang Pensyarah di Universiti Malaya yang terkemuka.

LAMBAIAN SYURGA EP 4 : PROF. IR. DR. KHAIROL ANUAR

Slot Assalamualaikum An-Nisa’ : Lambaian Syurga pada tarikh 3 Jun 2023 disampaikan oleh Dr. Haji Fadzilah Kamsah mengisahkan tentang Prof. Ir. Dr Mohd Khairol Anuar yang merupakan alumni Anak Yatim PERKAYA di Marang, Terengganu. Beliau kehilangan ayahanda sejak umur 4 tahun. Beliau mempunyai 7 adik beradik dan ibunya bekerja sebagai penoreh getah. Beliau sering menitipkan ayat 18 dalam surah Al-Baqarah untuk terus berjaya. Sekarang, beliau merupakan seorang pengurus tertinggi dalam Fakulti Kejuteraan di Universiti Putra Malaysia namun ia tidak mengaburi beliau untuk menyantuni pelajar yang kurang nasib baik.

LAMBAIAN SYURGA EP 5 : TN. HJ. BUKHORI GHAZALI

Slot Assalamualaikum An-Nisa’ : Lambaian Syurga pada tarikh 24 Jun 2023 disampaikan oleh Dr. Haji Fadzilah Kamsah mengisahkan tentang Tn. Hj. Ahmad Bukhori Ghazali yang merupakan alumni Anak Yatim PERKAYA di Marang, Terengganu. Beliau kehilangan ayahanda sejak umur 4 tahun. Beliau mempunyai 6 adik beradik dan ibunya bekerja sebagai penjual baju di pasar. Ibu dan guru beliau sering berimpian untuk beliau belajar di Universiti Al-Azhar. Dengan kuasa Allah, hajat mereka dimakbulkan dan beliau berjaya menjadi pengurus besar Taman Tamadun Islam di Terengganu.

Scroll to Top